Sayangi Komuniti & Karnival Kerjaya 2019
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Sayangi Komuniti Dan Karnival Kerjaya 2019 diadakan sempena Bulan Keluarga Kebangsaan. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di PPR Seri Semarak. Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama Persatuan Penduduk Seri Semarak dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Giatmara Wangsa Maju, Pusat Internet PPR Seri Semarak, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan lain-lain lagi.
Program ini dapat mengeratkan hubungan antara komuniti dengan pelbagai agensi. Selain itu, member peluang kepada komuniti terutamanya golongan belia dalam pencari pekerjaan.
Antara tujuan lain:
1. Mengeratkan hubungan antara komuniti dengan agensi terlibat sepanjang program berlangsung.
2. Membuka peluang kerjaya kepada komuniti setempat.
3. Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang fungsi-fungsi Pusat Internet dan Agensi lain seperti AADK, PDRM, KKM dll.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: